Sebarang tempahan dan maklumat lanjut , sila hubungi

call , SMS
04-9665631
019 5608445 (G)
019 4151939 (Lia)
012 5534156

TEMPAT SHOPPING BEST DI LANGKAWI

TEMPAT SHOPPING BEST DI LANGKAWI

Assalamualaikum wbt.

Di sini kami nak kongsi sikit beberapa info antara kedai yang hampa semua boleh pi shopping dekat Langkawi. Jadi kalau datang Langkawi dengan bajet limited dan rasa perlu survey sebelum membeli, boleh survey kat kedai-kedai ni okay.

Shopping Chocolate Terbesar dan Harga Murah
- Kompleks HIG


Kompleks HIG ni merupakan bapak kepada semua cawangan HIG yang ada di Langkawi. Kat kompleks ni dia supply chocolate yang macam-macam jenis. kira dia macam one-stop chocolate centre la. Selain chocolate, Kompleks HIG juga ada jual luggage, pinggan mangkuk, periuk dan bermacam lagi kelengkapan dapur dari jenama HIG sendiri dan pelbagai jenama ternama lain. Kalau di pekan Kuah masih ada lagi cawangan HIG yg lain tapi tak sebesaq Kompleks ni. Jadi kalau tak cukup masa, lebih baik terus ke sini lebih mudah. Dekat kompleks ni jugak ada surau yang besaq dan selesa. Depan Kompleks ada bazar kecik yang jual baju, souvenier dan macam-macam lagi.

Lokasi Kompleks HIG memang senang jumpa di Pekan Kuah memandangkan tepi jalan dan bangunan dia tinggi senang nampak dari jauh. Terletak bertentangan Klinik Kesihatan Kuah, bersebelahan Kondo Istana Langkawi. Kompleks HIG dibuka setiap hari sehingga 9.30 malam.

Shopping Pinggan Mangkuk Murah dan Cantik
- Idaman Suri


Idaman Suri merupakan antara tempat shopping famous yang menjadi sebutan sama naik macam HIG. Idaman Suri menjual barang yang lebih kurang sama dengan HIG dan depa pon ada periuk/pinggan mangkuk brand depa sendiri. Pinggan-mangkuk/ kelengkapan dapur di Idaman Suri juga murah dan cantik-cantik. Cuma Idaman Suri TIDAK lagi menjual chocolate. Sebelah Idaman Suri ada tempat makan street food jadi bapak-bapak yang letih teman ibu-ibu boleh lepak sekejap disitu minum kopi.

Lokasi Idaman Suri tidak terletak betul-betul di Pekan Kuah. Depa jauh sikit dari kesibukan pekan. terletak di Taman Berlian, dari Petronas Pekan Kuah straight sahaja sampai jumpa bangunan kuning di sebelah kiri. Jangan sampai terlepas straight lebih dari MRSM Langkawi pulak. Idaman Suri beroperasi sehingga 9.00 malam dan tutup pada hari Jumaat sahaja.

Shopping Pinggan Mangkuk dan Barang Rumah Cantik
- Rams Home Decor



Rams pon tak kurang hebatnya macam HIG dan Idaman Suri. Rams jugak jual luggage, pinggan mangkuk, periuk dan bermacam lagi kelengkapan dapur dari pelbagai jenama ternama. Selain itu, Rams jugak jual barang perhiasan rumah yang cantik-cantik dan murah. Oh ya, Chocolate juga ADA  dijual di Rams. Rams ni rajin jugak buat Jualan Penghabisan Stok. Kalau nak beli souvenier yang siap bungkus cantik-cantik pon boleh dapat di Rams!

Lokasi Rams terletak bersebelahan Pekan Rabu Langkawi dan Masjid al-Hana. Memang dekat dengan Jetty Kuah. Berdekatan Pekan Rabu jugak ada Jetty Pelancongan nak ke pulau berdekatan. Jadi kalau nak pergi Island Hopping atau nak ke pulau-pulau berpenghuni yang lain, boleh naik di sini. Kalau pergi Rams siang-siang pon boleh jalan-jalan di Taman Lagenda Langkawi. berdekatan sahaja. Rams bukak setiap hari sehingga 10.00 malam kalau tak salah. 

No comments: